Friday, May 27, 2022

MAJLIS KENDURI KAHWIN DI KUALA KURAU,PERAK

 JUMAAT 13MEI2022

Teluk Pial Tengah, Kuala Kurau,Perak.

Peta ke rumah pengantin (berhampiran SK Sungai Burong)

Rombongan kami menghadiri majlis perkahwinan Hazriel dan Laila agak luar biasa.

Sampainya di Simpang Empat, kami (keluarga Khadijah dan Zasman) singgah dulu makan tengahari di kedai makan Ais Kepal Delicious, berhadapan sekolah menengan Muzaffar Shah,Perak.


Sambutan yang diluar jangkaan. Bukan sahaja Keluarga Kak Ros dari Batu Pahat hadir, hampir semua ahli-ahli Keluarga Rohaya/Bakhir dari Kuala Lumpur juga hadir ( termasuk dari Rawang, Tanjung Malim dan Kuala Kangsar).

Kumpulan A, keluarga saya dan Keluarga arwah Kak Lang menginap di Pelangi Homestay Ban Pecah.

Kumpulan B menginap di Parit Buntar (Rumah berkembar) yang menempatkan Keluarga Kak Zurah dan Keluarga Kak Cik.

Kumpulan C (keluarga Kak Long) bergerak dari rumah Kak Long di Kuala Kangsar.

Kumpulan D, keluarga Kak Ila memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur terus ke rumah pengantin.

ke homestay kumpulan A


Salah satu homestay yang disediakan di Ban Pecah -Kumpulan A


Pada malam Sabtu, pihak pengantin perempuan mengadakan majlis doa selamat yang disertai oleh sebahagian daripada kami.

Keluarga Kak Zurah bersama pengantin.

makan malam selepas Majlis doa selamat


Kami (kumpulan A) makan malam di Kedai Makan Mee Udang Berasap tak jauh dari
homestay.

.



SABTU 14MEI2022

Keesokan hari, majlis kenduri yang dirancang, kumpulan pengantin lelaki digalakkan memakai pakaian mengikut tema yang ditetapkan, Purple.

Sebelum ke rumah pengantin




Bersama pengantin yang dirai (rumah keluarga pengantin perempuan,Laila






makan bersama pengantin

hampir nak runtuh rumah!!!!!!!


NOTA PENGHARGAAN:
1.Terimakasih atas penginapan percuma yang disediakan.
2.Kredit kepada semua gambar yang diperoleh dari ahli keluarga untuk tujuan blog ini.
3.Layanan istimewa Keluarga Pengantin perempuan walaupun kami sesat untuk mencari rumah- suatu pengalaman baru.


No comments:

Post a Comment

PERNIKAHAN DI ARA DAMANSARA

 Selesai sudah majlis pernikahan di masjid baru di Ara Damansara,Selangor.