AHAD 10APR2020 - DESA PANDAN.
Hampir kesemua ahli keluarga (anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit Rohaya dan Bakhir) hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa untuk keluarga Rohaya dan Bakhir.
(Nota: Ketika majlis ini diadakan , ada yang tak dapat hadir disebabkan postif Covid19)
Bertempat di Desa Pandan, Kuala Lumpur (rumah Pak Su dan Mak Su).
Suasana berbuka |
Usai berbuka puasa, solat Magrib berjemaah diteruskan.
Selepas Isyak dan Terawih, majlis diserikan dengan potongan kek bagi mereka yang lahir pada bulan April, Amirul dan Echa (dan termasuk Atikah Dahari yang tak dapat hadir).
Ditemani 'Upin dan Ipin' |
Nasib baik tak di bagi bantal oleh tuan rumah. alamatnya ada yang tumpang tidur malam tu.