Monday, April 11, 2022

IFTAR DI DESA PANDAN 08RAMADHAN 1443H/10APR2022

AHAD 10APR2020 - DESA PANDAN.

Hampir kesemua ahli keluarga (anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit Rohaya dan Bakhir) hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa untuk keluarga Rohaya dan Bakhir.

(Nota: Ketika majlis ini diadakan , ada yang tak dapat hadir disebabkan postif Covid19)

Bertempat di Desa Pandan, Kuala Lumpur (rumah Pak Su dan Mak Su).

Suasana berbuka

Usai berbuka puasa, solat Magrib berjemaah diteruskan.

Selepas Isyak dan Terawih, majlis diserikan dengan potongan kek bagi mereka yang lahir pada bulan April, Amirul dan Echa (dan termasuk Atikah Dahari yang tak dapat hadir).



Ditemani 'Upin dan Ipin'

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain bunga api. Halaman rumah Mak Su dan Pak Su diserikan dengan pemasangan pelita (tradisi di bulan puasa).



Bila dah kekenyangan....berehat sebentar di ruang beranda rumah Pak Su dan Mak Su. 
Nasib baik tak di bagi bantal oleh tuan rumah. alamatnya ada yang tumpang tidur malam tu.

Santai di ruang beranda

Di penghujung waktu sebelum majlis bersurai , yang hadir turut menerima ole-ole dari Mak Su. Rezeki jangan ditolak......

Insya Allah, kita jumpa lagi Ramadhan yang akan datang.

DESA PANDAN
26APR2022

No comments:

Post a Comment

PERNIKAHAN DI ARA DAMANSARA

 Selesai sudah majlis pernikahan di masjid baru di Ara Damansara,Selangor.