Monday, March 11, 2024

Sunday, February 4, 2024

PERTEMUAN AHLI KELUARGA 03FEB24

Taman Sri Rampai,Kuala Lumpur

Pada pertemuan bertarikh 03Feb24, Sabtu, anak-anak (termasuk cucu-cucu dan cicit-cicit) Keluarga Rohaya dan Bakhir berkumpul untuk solat berjemaah maghrib dan Isyak dan juga majlis tahlil dan bacaan Yassin.

Majlis diakhiri dengan jamuan dan bergambar.


Anak-anak Ruhaya dan Bakhir (terkini)

1.Norazizan (kini di Kuala Kangsar)
2.Nor Azura
3.Nor Azila
4.Nasaruddin
6.Nor Azlina
8.Khairiah
9.Khadijah

Alfatihah buat Kak lang (5.Norafizah) dan Zaidi(no 7).



Sunday, December 31, 2023

1955-2023 SABUDIN SHAFIE

 29Dis2023

Pak Din (nama asal Sabudin Bin Shafie) pulang ke rahmatullah.

Meninggalkan 4 orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) dan menantu dan juga 6 orang cucu.

Sakit Tua.

Di kebumikan di tanah perkuburan Sakinah,Taman Muda, Kuala Lumpur pada Sabtu 30Dis2023.


Wednesday, May 3, 2023

LUBUK MANGGIS -ULU LANGAT

Ulu Langat.

Hari Keluarga Rohaya/Bakhir.


cucu-cucu saudara.selepas mandi manda.

Wednesday, November 30, 2022

Friday, May 27, 2022

MAJLIS KENDURI KAHWIN DI KUALA KURAU,PERAK

 JUMAAT 13MEI2022

Teluk Pial Tengah, Kuala Kurau,Perak.

Peta ke rumah pengantin (berhampiran SK Sungai Burong)

Rombongan kami menghadiri majlis perkahwinan Hazriel dan Laila agak luar biasa.

Sampainya di Simpang Empat, kami (keluarga Khadijah dan Zasman) singgah dulu makan tengahari di kedai makan Ais Kepal Delicious, berhadapan sekolah menengan Muzaffar Shah,Perak.


Sambutan yang diluar jangkaan. Bukan sahaja Keluarga Kak Ros dari Batu Pahat hadir, hampir semua ahli-ahli Keluarga Rohaya/Bakhir dari Kuala Lumpur juga hadir ( termasuk dari Rawang, Tanjung Malim dan Kuala Kangsar).

Kumpulan A, keluarga saya dan Keluarga arwah Kak Lang menginap di Pelangi Homestay Ban Pecah.

Kumpulan B menginap di Parit Buntar (Rumah berkembar) yang menempatkan Keluarga Kak Zurah dan Keluarga Kak Cik.

Kumpulan C (keluarga Kak Long) bergerak dari rumah Kak Long di Kuala Kangsar.

Kumpulan D, keluarga Kak Ila memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur terus ke rumah pengantin.

ke homestay kumpulan A


Salah satu homestay yang disediakan di Ban Pecah -Kumpulan A


Pada malam Sabtu, pihak pengantin perempuan mengadakan majlis doa selamat yang disertai oleh sebahagian daripada kami.

Keluarga Kak Zurah bersama pengantin.

makan malam selepas Majlis doa selamat


Kami (kumpulan A) makan malam di Kedai Makan Mee Udang Berasap tak jauh dari
homestay.

.



SABTU 14MEI2022

Keesokan hari, majlis kenduri yang dirancang, kumpulan pengantin lelaki digalakkan memakai pakaian mengikut tema yang ditetapkan, Purple.

Sebelum ke rumah pengantin




Bersama pengantin yang dirai (rumah keluarga pengantin perempuan,Laila






makan bersama pengantin

hampir nak runtuh rumah!!!!!!!


NOTA PENGHARGAAN:
1.Terimakasih atas penginapan percuma yang disediakan.
2.Kredit kepada semua gambar yang diperoleh dari ahli keluarga untuk tujuan blog ini.
3.Layanan istimewa Keluarga Pengantin perempuan walaupun kami sesat untuk mencari rumah- suatu pengalaman baru.


Monday, April 11, 2022

IFTAR DI DESA PANDAN 08RAMADHAN 1443H/10APR2022

AHAD 10APR2020 - DESA PANDAN.

Hampir kesemua ahli keluarga (anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit Rohaya dan Bakhir) hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa untuk keluarga Rohaya dan Bakhir.

(Nota: Ketika majlis ini diadakan , ada yang tak dapat hadir disebabkan postif Covid19)

Bertempat di Desa Pandan, Kuala Lumpur (rumah Pak Su dan Mak Su).

Suasana berbuka

Usai berbuka puasa, solat Magrib berjemaah diteruskan.

Selepas Isyak dan Terawih, majlis diserikan dengan potongan kek bagi mereka yang lahir pada bulan April, Amirul dan Echa (dan termasuk Atikah Dahari yang tak dapat hadir).



Ditemani 'Upin dan Ipin'

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain bunga api. Halaman rumah Mak Su dan Pak Su diserikan dengan pemasangan pelita (tradisi di bulan puasa).



Bila dah kekenyangan....berehat sebentar di ruang beranda rumah Pak Su dan Mak Su. 
Nasib baik tak di bagi bantal oleh tuan rumah. alamatnya ada yang tumpang tidur malam tu.

Santai di ruang beranda

Di penghujung waktu sebelum majlis bersurai , yang hadir turut menerima ole-ole dari Mak Su. Rezeki jangan ditolak......

Insya Allah, kita jumpa lagi Ramadhan yang akan datang.

DESA PANDAN
26APR2022

PERNIKAHAN DI ARA DAMANSARA

 Selesai sudah majlis pernikahan di masjid baru di Ara Damansara,Selangor.